'Kalau sudah jodoh'

Marselinus bersama isterinya Marie.
Marselinus bersama isterinya Marie.
A
A
A

BATAM - Seorang lelaki Indonesia menjadi perhatian negara itu selepas laporan media menyatakan dia menikahi wanita cantik warganegara Perancis, Marie Lecornu.

Marselinus Menasa Boro yang berasal dari Nusa Tenggara Timur dikurniakan wajah sederhana, namun berjaya memenangi hati wanita itu.

Mereka melangsungkan perkahwinan pada Isnin lalu di sebuah gereja St Petrus, Lubuk Baja, Kota Batam di sini.

Ahli keluarga mempelai, Prilise Ama Demon Dore mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Katanya, kisah cinta Marselinus berusia 28 tahun dan Marie, 22, cukup menarik dan unik.

"Ramai ahli keluarga tak menyangka Marselinus berjaya menawan hati wanita Perancis yang cukup cantik dan jauh beza dengannya.

Marselinus bersama isterinya Marie.
Marselinus bersama isterinya Marie.

"Kami memang terkejut ketika Marselinus membawa teman wanita ke rumah. Tidak sampai setahun mereka bercinta dan kini akhirnya selamat bernikah," katanya kepada Batam News.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, Marie bekerja di Singapura malah suaminya juga sering ke negara tersebut yang mungkin menjadi titik permulaan mereka bagi menjalinkan hubungan.

Kisah pasangan tersebut menjadi perhatian di laman media sosial dan mendapat reaksi ramai pengguna alam maya.

Pengguna Facebook Eni Suwandi Enn berkata, "Jodoh tidak akan ke mana seperti kata orang dulu-dulu," tulisnya.

Begitu juga, rata-rata netizen mendoakan supaya pasangan tersebut bahagia.

"Selamat menempuh hidup baharu serta bahagia selamanya," ujar NKHailah.