'Chin Peng sudah mati, bukan dia boleh buat apa dah'

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bergambar bersama Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan isteri Kim Jung-sook ketika hadir Majlis Makan Tengahari di Blue House sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia selama dua hari ke Korea Selatan hari ini. - Foto Bernama
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah bergambar bersama Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan isteri Kim Jung-sook ketika hadir Majlis Makan Tengahari di Blue House sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia selama dua hari ke Korea Selatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia tidak perlu diperbesarkan oleh mana-mana pihak.

Katanya, pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sudah meninggal dunia dan tiada apa yang boleh dilakukan.

"Dia (Chin Peng) sudah mati. Banyak orang yang dulu dera kita macam orang Jepun apa semua. Tetapi kita lupakan yang lama. Bukan dia boleh buat apa dah.

"Cuma abu dia sahaja yang balik. Kita beri Shamsiah Fakeh balik pun tiada siapa complaint. Kenapa? Sebab dia Melayu kot? Ada lain lagi. Tapi Chin Peng memang kita tak mahu terimalah sebab dia ketua,” katanya memetik laporan Astro Awani hari ini.

Dr Mahathir dilaporkan berkata demikian dalam sidang media bersama media Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul Korea.

Menurut laporan itu, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan terdapat pihak yang mempunyai agenda tersendiri terhadap isu berkenaan.

"Benda semacam ini, yang nak bangkit ini untuk apa? Nak puaskan hati siapa? Nak suruh kita pergi kutip dan hantar ke luar negeri? Benda yang kecil macam itu korek nak memburukkan kerajaan. Benda ini berlaku macam masa (zaman) Najib dulu tetapi tiada apa. Namun sekarang semua berbalik kepada PH," katanya.

Katanya lagi, tindakan membawa masuk abu mayat Chin Peng adalah di luar kawalan mana-mana pihak.

Artikel Berkaitan:

"Macam mana kita nak tahu? Dia bawa abu dalam flusk dan kita tak tahu siapa yang nak tengok. Kalau nak buang abu tu, buang lah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tidak pernah benar abu mayat dibawa pulang

Polis akan panggil kumpulan bawa pulang abu Chin Peng

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan tidak pernah menerima atau meluluskan permohonan untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau yakin Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negara akan menjalankan siasatan terperinci terhadap perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan urus abu Chin Peng sedia beri kerjasama kepada polis