Selamat tinggal Perak

Satu status yang dimuat naik di laman sosial Instagram milik Brendan Gan sebenar tadi.
Satu status yang dimuat naik di laman sosial Instagram milik Brendan Gan sebenar tadi.
A
A
A

Pemain tengah skuad Harimau Malaya, Brendan Gan sah akan meninggalkan Perak.

Menerusi satu status yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya sebenar tadi, Brendan memberitahu, dia akan meninggalkan Perak selepas dua musim menyertai skuad The Bos Gaurus itu.

”Tahun 2019 sudah semakin hampir pada penghujungnya, inilah masanya untuk meluangkan (masa) bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan.

”Inilah juga masanya untuk saya mengumumkan bahawa dengan sedihnya saya akan meninggalkan Perak selepas dua tahun yang menakjubkan di Ipoh yang mana saya dan pihak pengurusan (Persatuan Bola Sepak Perak) tidak dapat mencapai persetujuan bersama.

”Saya sentiasa memberikan segala-galanya untuk Perak setiap kali melangkah ke padang tetapi kadangkala dalam bola sepak, ia masih tidak mencukupi.

”Saya sangat dihargai setiap saat dalam tempoh dua tahun di Ipoh dan terlalu banyak memori hebat yang akan kekal terpahat di minda saya sepanjang hidup ini,” kata Brendan.

Sebagai rekod, Brendan yang dua kali dipalit masalah kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) menyertai Perak musim lalu sehingga berjaya membantu The Bos Gaurus muncul juara Piala Malaysia.

Ketika ini, spekulasi bertiup kencang Brendan yang pernah menyarung jersi Sabah dan Kelantan bakal menyertai sebuah pasukan di Lembang Klang.

Artikel Berkaitan: