Keranda batu berusia 3,500 tahun ditemui di El-Assasif di Mesir

No Image Caption
A
A
A

KAHERAH - Tiga sarkofagus atau keranda batu berusia 3,500 tahun yang masih dalam keadaan baik, ditemui di kawasan perkuburan lama di El-Assasif di Mesir, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut Kementerian Antikuiti pada Rabu, keranda purba berukuran 180-195 sentimeter itu dihiasi dengan lukisan berwarna-warni.

Dua keranda mengandungi jasad wanita, manakala mayat dalam keranda ketiga masih dianalisis.

Sepasukan ahli arkeologi Mesir menemui 30 keranda kayu kuno menempatkan mumia di Kota Luxor, Mesir yang masih dalam keadaan baik bulan lalu.
Sepasukan ahli arkeologi Mesir menemui 30 keranda kayu kuno menempatkan mumia di Kota Luxor, Mesir yang masih dalam keadaan baik bulan lalu.

Keranda batu itu dipercayai dibuat pada era purba Dinasti Mesir ke-18 (Thutmosid) yang memerintah dari 1550-1292 sebelum Masihi.

Kawasan perkuburan lama itu terletak berhampiran bandar Luxor, yang juga dikenali sebagai Thebes, pernah menjadi ibu kota kerajaan Mesir ketika itu. - Bernama

No Image Caption

Artikel Berkaitan: