Dugaan dapat duit RM100 palsu

Paparan Facebook Aneed Ilazar.
Paparan Facebook Aneed Ilazar.
A
A
A

WANGSA MAJU - "Dugaan hari ini dapat duit palsu RM100 sekeping dari pelanggan," luah seorang pengusaha butik selepas mendakwa diperdaya oleh seorang wanita dan pasangannya yang membeli pakaian menggunakan duit palsu.

Aneed Ilazar dalam posting di Facebooknya menulis, pasangan itu datang ke butiknya kira- kira jam 8.50 malam pada Selasa lalu untuk membeli baju berharga RM34.

Kemudian, lelaki itu membuat bayaran dengan memberi wang bernilai RM104 dan memulangkan wang RM70.

Ketika hendak menutup kedai dan membuat kiraan wang, Aneed Ilazar mendapati wang RM100 itu seperti mencurigakan.

"Nasib ada kamera litar tertutup (CCTV), memang betul pelanggan ini bagi, sebab dia seorang saja yang bayar RM100, pelanggan lain bayar guna duit kecil atau bayar guna kad.

"Silap saya tidak periksa betul-betul dan 'standby uv light'. Cuma kesian kalau orang lain kena juga.

"Bil dia RM34, dia bayar RM104, dia bagi duit seringgit-ringgit atas duit palsu itu, jadi tak nampak lah. Baki dia RM70," tulisnya di Facebook hingga tular di laman sosial itu.

Katanya, ketika pembayaran dilakukan, mereka sibuk berbual dengan anaknya dan mungkin itu taktik yang dilakukan untuk mengaburi perbuatan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Dia turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju semalam selepas menerima wang palsu RM100 itu dan mengingatkan orang ramai berhati- hati agar tidak menjadi mangsa.