8 budak antara 15 maut serangan bom di Afghanistan

Seramai 15 orang maut dibom di daerah Imam Sahib, semalam. - Foto Reuters
Seramai 15 orang maut dibom di daerah Imam Sahib, semalam. - Foto Reuters
A
A
A

KABUL - Seramai 15 orang maut dalam satu serangan bom di daerah Imam Sahib, wilayah Kunduz semalam, memetik jurucakap Presiden Afghanistan.

Siddik Siddiki berkata, bom yang ditanam di pinggir jalan itu meletup sebaik sebuah kenderaan awam melalui kawasan tersebut, lapor agensi berita Anadolu.

Beliau mendakwa, bom itu ditanam oleh Taliban namun, setaka ini Taliban belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung serangan itu.

Sementara itu, Hindustan Times melaporkan semua mangsa termasuk lapan kanak-kanak maut dalam serangan tersebut.

"Enam wanita dan seorang lelaki antara yang terbunuh dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang,” kata jurucakap kementerian dalaman.

Artikel Berkaitan: