Iraq umum perintah berkurung di Najaf

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pintu masuk konsulat Iran selepas membakar bangunan itu semalam. - Foto AFP
Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan pintu masuk konsulat Iran selepas membakar bangunan itu semalam. - Foto AFP
A
A
A

NAJAF - Pihak berkuasa Iraq mengumumkan perintah berkurung di bandar Najaf selepas penunjuk perasaan bertindak membakar konsulat Iran semalam.

"Kemenangan ke atas Iraq! Keluar Iran!" laung peserta protes terhadap negara yang dipersalahkan kerana memberi sokongan kepada sebuah kerajaan yang dibantah sejak hampir dua bulan lalu.

Susulan perintah terbaru itu, jalan raya yang menghubungkan bandar berkenaan dengan wilayah jiran telah ditutup.

Menurut polis, kakitangan di konsulat berkenaan telah dipindahkan terlebih dahulu sebelum perusuh memecah masuk dan membakar bangunan itu.

Hampir 50 anggota pasukan keselamatan dilaporkan cedera ketika pertempuran dengan penyerang bertopeng.

Bagi menyuraikan peserta protes, pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata yang turut mencederakan beberapa orang. - AFP

Artikel Berkaitan: