TikTok mohon maaf sekat akaun 'gadis bulu mata'

Laporan Sinar Harian berkaitan kisah 'gadis bulu mata'.
Laporan Sinar Harian berkaitan kisah 'gadis bulu mata'.
A
A
A

BEIJING - Syarikat pemilik aplikasi sosial TikTok mengaku menyekat video tular seorang remaja dari New Jersey selepas dia memperkatakan mengenai isu penindasan etnik minoriti Uighur di Xinjiang semasa membuat tutorial tentang cara untuk mendapatkan bulu mata panjang.

Akibatnya, remaja itu, Feroza Aziz, 17, tidak boleh memuat naik sebarang klip video di aplikasi tersebut selama sebulan dan memberitahu perkara itu di Twitter miliknya.

Semalam, syarikat itu turut meminta maaf kepada remaja berkenaan dan mengakui menyekat video Feroza buat sementara waktu atas alasan kesilapan manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Tik Tok sekat akaun 'gadis bulu mata'

Katanya, video tersebut telah dikembalikan semula kira-kira 50 minit kemudian selepas seorang kakitangan mengenal pasti kesilapan itu.

"Adalah penting untuk menjelaskan bahawa tiada dalam Garis Panduan Komuniti kami yang menghalang kandungan seperti video itu dan ia tidak sepatutnya disekat.

"Kami ingin memohon maaf kepada pengguna atas kesilapan daripada pihak kami," kata syarikat dalam satu kenyataan.

Terdahulu, selepas beberapa saat, pelajar sekolah tinggi di New Jersey di Amerika Syarikat itu meletakkan alat untuk melentikkan bulu mata dan meminta penonton videonya supaya menggunakan telefon mereka untuk membuat carian tentang apa yang berlaku di China.

Dia kemudiannya mula membuka topik serius tentang penduduk Islam Uighur yang ditempatkan di kem tahanan di negara itu.

Artikel Berkaitan:

Tindakannya itu bagaimanapun berdepan padah selepas akaun TikTok miliknya digantung. - Agensi