Tik Tok sekat akaun 'gadis bulu mata'

Klip berdurasi 40 saat itu mendapat lebih 498,000 like di Tik Tok.
Klip berdurasi 40 saat itu mendapat lebih 498,000 like di Tik Tok.
A
A
A

SHANGHAI - Aplikasi video popular, Tik Tok bertindak menyekat akaun seorang remaja perempuan yang membuat tutorial tentang cara untuk mendapatkan bulu mata panjang.

Selepas beberapa saat, pelajar sekolah tinggi di New Jersey di Amerika Syarikat dikenali sebagai Feroza Aziz, 17, itu meletakkan alat untuk melentikkan bulu mata dan meminta penonton videonya supaya menggunakan telefon mereka untuk membuat carian tentang apa yang berlaku di China.

Dia kemudiannya mula membuka topik serius tentang penduduk Islam Uighur yang ditempatkan di kem tahanan di negara itu.

Klip berdurasi 40 saat itu berjaya mendapat lebih 498,000 like di Tik Tok.

Tindakannya itu bagaimanapun berdepan padah selepas akaun Tik Tok miliknya kini digantung.

Jurucakap syarikat media sosial gergasi di Beijing, ByteDance, Josh Gartner memaklumkan tindakan itu dibuat kerana gadis itu didakwa pernah menggunakan akaun untuk memuat naik video mengandungi imej pemimpin al-Qaeda, Osama Laden.

"Ia jelas melanggar polisi aplikasi ini tentang kandungan berkaitan keganasan. Oleh itu, kami terpaksa menyekat akaun dan peranti yang digunakan untuk memuat naik video itu," ujarnya.

Difahamkan, akaun milik Feroza pernah digantung sebelum ini kerana dia pernah membahaskan tentang isu agama yang dianggap perkara sensitif.

Artikel Berkaitan: