Rumah Pok Ya dah nak siap..

Zakaria ceria melihat rumah baharu yang dibina penduduk secara bergotong royong.
Zakaria ceria melihat rumah baharu yang dibina penduduk secara bergotong royong.
A
A
A

LABOK - Simpati dengan nasib empat beranak yang hilang tempat berteduh akibat rumah terbakar bulan lalu, penduduk Kampung Tok Bok di sini, sepakat bergotong royong membina rumah untuk keluarga itu.

Rumah yang dibina di atas tapak yang sama tersebut diadakan secara bergotong royong pada setiap hari Jumaat dan dijangka dapat diduduki menjelang akhir bulan ini.

Rumah Zakaria musnah dalam kebakaran pada 15 Disember lalu.
Rumah Zakaria musnah dalam kebakaran pada 15 Disember lalu.

15 Disember lalu, rumah milik Zakaria Abdullah, 65 atau lebih dikenali sebagai Pok Ya musnah dalam kebakaran sekali gus menyebabkannya tiga ahli keluarga yang lain terpaksa menumpang berteduh di rumah jiran.

Zakaria yang mengalami masalah pendengaran dan penglihatan tidak mempunyai pendapatan tetap serta bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menyara keluarga.

Zakaria berkata, dia cukup terharu dan berterima kasih dengan bantuan pelbagai pihak yang banyak membantu meringankan bebannya dan keluarga akibat kejadian itu.

Artikel Berkaitan: