Israel enggan pulangkan mayat penduduk Palestin

Naftali Bennett
Naftali Bennett
A
A
A

TEL AVIV - Menteri Pertahanan baharu Israel, Naftali Bennett hari ini mengumumkan semua mayat penduduk Palestin yang ditahan ketika merusuh tidak akan dipulangkan kepada keluarga mereka.

Angkatan bersenjata dan pertahanan telah dimaklumkan mengenai perubahan itu yang akan berkuat kuasa sepenuhnya selepas diluluskan Kabinet Keselamatan.

Difahamkan, tindakan Zionis enggan memulangkan mayat penduduk Palestin adalah untuk mengelakkan mangsa dikebumikan selain digunakan sebagai cip tawar menawar untuk ditukarkan dengan mayat tahanan Israel.

Jurucakap Suruhanjaya Hal Ehwal Banduan Pihak Berkuasa Palestin, Hassan Abd Rabbo berkata, keputusan Bennett melanggar Konvensyen Geneva.

"Keputusan itu merupakan hukuman kolektif. Ia tidak bermoral, melanggar ritual keagamaan berkaitan pengebumian dan bertujuan menyebabkan masalah psikologi kepada keluarga mangsa.

"Hak paling asas untuk keluarga adalah mengebumikan orang yang tersayang," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: