Pelancong Jerman maut terpijak periuk api di Myanmar

Mayat pelancong Jerman, Tim Geibler dimasukkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda selepas maut dalam letupan periuk api di bandar Hsipaw.
Mayat pelancong Jerman, Tim Geibler dimasukkan ke dalam kenderaan pacuan empat roda selepas maut dalam letupan periuk api di bandar Hsipaw.
A
A
A

YANGON - Seorang pelancong Jerman maut selepas terpijak periuk api di Myanmar, kata polis tempatan hari ini beberapa hari selepas negara itu dikritik kerana masih menggunakan senjata berbahaya itu.

Insiden itu berlaku berhampiran bandar Hsipaw yang popular dalam kalangan pelancong backpakers.

Mangsa dikenali sebagai Tim Geibler dan disahkan meninggal dunia petang semalam berhampiran perkampungan Pan Nayung dan Kwun Haung.

"Pelancong dilarang sama sekali untuk pergi ke kawasan itu," kata polis tempatan sambil menambah seorang wanita Argentina berusia 39 tahun cedera ringan dalam insiden tersebut.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Jerman mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kedutaannya di Yangon telah menghubungi keluarga mangsa.

Kerajaan Myanmar sebelum ini dikritik selepas dikesan memasang periuk api sepanjang sempadannya dengan Bangladesh terutama yang menjadi laluan pelarian etnik Rohingya dipercayai bagi menghalang pelarian terbabit pulang ke perkampungan mereka.

Pada 2016, dua pelancong cedera selepas terpijak periuk api berhampiran Kyaukme. - AFP

Artikel Berkaitan: