Tangkap individu hina Sultan Muhammad V

Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Umno mendesak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya segera bertindak kepada pemilik akaun Facebook yang bernama Eric Liew yang menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penghinaan tersebut dibuat dalam ruangan komen Facebook dengan perkataan yang tidak mencerminkan rasa hormat.

"Ini suatu penghinaan dan fitnah jahat yang melampau terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong dan Sultan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Agong letak jawatan]

[ARTIKEL BERKAITAN: Agong letak jawatan: Rakyat terkejut, tertanya-tanya]

"Kalau di negara lain termasuk negara jiran Thailand, orang seperti ini sudah lama menerima tindakan undang-undang yang keras," katanya menerusi status yang dimuat naik di Instagram, hari ini.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz melalui kenyataan media Istana Negara mengumumkan Sultan Muhammad meletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 .

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi turut meminta orang ramai untuk membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, saya minta orang ramai untuk menularkan di media sosial agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan," katanya.

Menerusi tinjauan Sinar Harian di laman sosial, individu yang menghina baginda telah menutup akaun Facebooknya.

Dalam pada itu netizen berharap tindakan segera diambil pihak polis supaya tidak menjadi barah.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan ia sebagai satu penghinaan terhadap institusi raja.