PKR belum putuskan keanggotaan Salleh

Salleh Keruak
Salleh Keruak
A
A
A

SHAH ALAM - PKR masih mempertimbangkan permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menganggotai parti itu.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, permohonan berkenaan perlu melalui proses saringan dan pertimbangan parti.

"Permohonan beliau masih dalam pertimbangan parti, kita akan putuskan kemudian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Smart Technology For Smart City Summit 2019 di sini hari ini.

Pada 5 Oktober lepas, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam kenyataannya mengesahkan telah menerima permohonan keahlian Salleh secara dalam talian.

Bagaimanapun katanya, Biro Politik PKR akan mempertimbangkan permohonan itu pada mesyuarat akan datang. -Bernama

Artikel Berkaitan: