Hina bendera perbuatan melampau, kata Mufti Perlis

No Image Caption
A
A
A

KANGAR - Penghinaan terhadap bendera Malaysia merupakan satu perbuatan yang sangat melampau.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu perlu diambil tindakan.

Katanya, rakyat akan melihat sejauh mana ketegasan kerajaan terhadap golongan yang diberi peluang hidup dalam negara ini tetapi menghina negara.

"Jika mereka terlepas, ia menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius dalam isu sebegini," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Menurut Mohd Asri, kerajaan perlu bertindak tegas dalam menangani isu itu bagi memastikan pengurusan negara dijamin kedaulatannya.

Terdahulu, tular di media sosial klip video yang memaparkan Jalur Gemilang dengan lima bintang ditayangkan semasa perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Bagaimanapun hari ini, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) tampil memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan bintang lima bucu tersebut.

Mereka menjelaskan pasukan penyiaran secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin televisyen stadium ketika majlis perasmian dan kontraktor produksi siaran langsung berkenaan ditamatkan serta-merta selepas siasatan dilakukan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Bendera Malaysia bintang lima: MABA mohon maaf

MABA tamat perkhidmatan kontraktor produksi siaran langsung