X

Kindly register in order to view this article
!

Tahanan Palestin meninggal di penjara Israel

Pihak berkuasa Israel menolak permintaan Abu Diyak untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama ibunya. - Foto AFP
A
A

RAMALLAH - Sorang tahanan Palestin di penjara Israel dilaporkan meninggal dunia akibat kanser, menurut pegawai Palestin hari ini.

Agensi berita Wafa melaporkan tahanan dikenali sebagai Sami Abu Diyak, 36, itu menderita barah terminal dan pihak berkuasa Israel turut menolak pembebasan atas dasar belas kasihan untuk dia bersama keluarganya.

"Dia mahu menghabiskan sisa akhir hidupnya bersama ibunya dan mati dalam dakapan wanita itu," lapor Wafa memetik mesej terakhir Abu Diyak.

Difahamkan, dia ditahan pada 2002 ketika gerakan Intifada Kedua di Palestin selepas didakwa kononnya membunuh tiga individu.

Kematian didakwa berpunca daripada pengabaian itu dilaporkan di tengah-tengah ketegangan meningkat dan protes dijadualkan akan diadakan di beberapa lokasi di Tebing Barat.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam satu kenyataan menegaskan Israel bertanggungjawab atas kematian Abu Diyak berpunca daripada kecuaian mereka secara sengaja untuk memberikan rawatan sepatutnya kepada kesemua tahanan.

Susulan insiden itu, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin berkata, situasi semakin tegang di penjara Israel dan dia merupakan tahanan kelima Palestin yang meninggal dunia di penjara pada 2019. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!