X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Kelantan negeri kedua rampasan dadah tertinggi

Antara laporan Sinar Harian berkaitan kes dadah di Kelantan.
A
A

KOTA BHARU - Kelantan merupakan negeri kedua yang membuat rampasan dadah terbanyak selepas Sarawak sungguhpun kebanyakan bekalan dadah yang dirampas bukannya berasal dari negeri itu.

Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, Kelantan menjadi laluan dan pintu masuk penyeludupan dadah dari negara jiran menyebabkan negeri ini antara penyumbang rampasan terbesar bahan terlarang itu.

“Kedudukannya yang bersempadan dengan Thailand menjadikan Kelantan sebagai lokasi ‘transit’ oleh penyeludup terutama pil kuda sebelum dihantar ke negeri lain,” katanya kepada pemberita di sini.

Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri berkata di negeri yang kurang rampasan dan tangkapan berkaitan dadah tidak bermaksud negeri berkenaan bebas daripada dadah.

Dalam pada itu beliau mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri Kedah yang mengarahkan pemilik ladang ketum memusnahkan tanaman berkenaan.

"Kita mengalu-alukan tindakan berkenaan kerana ia adalah sesuatu yang baik dan dalam mesyuarat Pemadam sebelum ini pun kita ada membuat desakan supaya kerajaan memperincikan undang-undang berkaitan ketum,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!