MYNAP pilihan IX ketiga Malaysia

HENRICK Choo (tengah) bersama Presiden NTT MSC Sdn Bhd, Masakazu Kobayashi dan Naib Presiden Eksekutif yang juga Pengarah Perwakilan JPNAP, Katsuyasu Toyama sempena Majlis Pelancaran MYNAP Malaysia di Cyberjaya baru-baru ini.
HENRICK Choo (tengah) bersama Presiden NTT MSC Sdn Bhd, Masakazu Kobayashi dan Naib Presiden Eksekutif yang juga Pengarah Perwakilan JPNAP, Katsuyasu Toyama sempena Majlis Pelancaran MYNAP Malaysia di Cyberjaya baru-baru ini.
A
A
A

PENGENALAN Malaysia Network Access Point (MYNAP) sebagai ibu sawat Internet (IX) ketiga di Malaysia mampu menarik lebih ramai pelabur dan syarikat antarabangsa untuk menjadikan negara hab perniagaan dan ekonomi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NTT Ltd Malaysia, Henrick Choo, pihaknya percaya pengenalan MYNAP itu tepat sebagai tarikan buat pelabur dan syarikat luar negara.

“Mereka boleh mempertimbangkan Malaysia sebagai hab perniagaan dan ekonomi kerana usaha pendigitalan yang giat dilaksanakan selain lokasi yang strategik di Asia Tenggara.

“MYNAP juga akan memberi manfaat terhadap penyediaan trafik setempat yang pelbagai kepada infrastruktur ICT sedia ada di Malaysia seterusnya dapat membina ekosistem internet yang sihat,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

MYNAP juga membuka peluang untuk pilihan alternatif buat perkhidmatan ketersambungan yang lebih cekap di Pusat Data Kadar 3 TIA942.

Perkhidmatan yang menjadi satu-satunya IX tempatan itu mempunyai rangkai padan (peering) dengan penyedia IX lain dalam Kumpulan NTT di rantau ini seperti Japan Network Access Point (JPNAP) dan Jakarta Internet Exchange (JKT-IX).

Artikel Berkaitan: