Lewat terima helikopter: Kementerian Pertahanan serah kepada Kabinet

Mohamad Sabu (tiga, kanan) mendengar sesuatu yang diperkatakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (dua, kanan) pada majlis 'Defending a Maritime Nation: Whither MAF Joint Force' hari ini. - Foto Bernama
Mohamad Sabu (tiga, kanan) mendengar sesuatu yang diperkatakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (dua, kanan) pada majlis 'Defending a Maritime Nation: Whither MAF Joint Force' hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan menyerahkan kepada Kabinet bagi membuat keputusan sama ada menerus atau membatalkan pembelian helikopter tempur ringan MD530G, kata Mohamad Sabu.

Menteri Pertahanan itu berkata, pihaknya telah mendapatkan pandangan daripada Peguam Negara dan Bahagian Dasar Kementerian Pertahanan berhubung isu kelewatan penghantaran enam helikopter itu untuk dikemukakan kepada jemaah menteri.

“Peguam Negara (Tommy Thomas) dan pihak dasar (Bahagian Dasar Kementerian Pertahanan) telah memberi pandangan mereka dan dua pandangan utama itu akan dibawa ke kabinet untuk membuat keputusan.

“Kalau boleh, saya ingin bawa ke kabinet sebelum akhir tahun ini supaya ada keputusan terhadap enam helikopter yang ditempah dan sepatutnya tiba pada November 2017,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Mempertahan Negara Maritim: Masa Depan Operasi Bersama ATM di sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan bahawa helikopter pertama dijangka diterima pada November 2017, tetapi sehingga kini masih belum terima walaupun pembayaran sebanyak RM112 juta iaitu 35 peratus telah dibuat.

Kelewatan penghantaran enam unit helikopter tempur ringan MD530G yang melibatkan projek bernilai RM321.9 juta itu adalah disebabkan pelbagai isu teknikal berkaitan dengan Syarikat Pembuat Asal (OEM).

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, Kertas Putih Pertahanan akan dibentang di Parlimen pada 2 Disember. - Bernama

Artikel Berkaitan: