'Pemimpin PKR jangan gadai prinsip reformasi'

Saifuddin Nasution melihat ikan yang didaratkan sebelum dihantar kepada pemborong di Jeti 3,000 Sungai Besar di sini hari ini.
Saifuddin Nasution melihat ikan yang didaratkan sebelum dihantar kepada pemborong di Jeti 3,000 Sungai Besar di sini hari ini.
A
A
A

SUNGAI BESAR - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan tidak menggadaikan prinsip perjuangan parti itu untuk membela rakyat berbanding memikirkan soal jawatan dan kepentingan peribadi semata-mata.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setiap pemimpin perlu 'cermin' diri mereka selepas berkuasa sama ada bergerak pada landasan yang betul atau sebaliknya.

"Apakah selama ini setelah diberi kuasa dan kepercayaan mereka bergerak di landasan atau pun tergelincir daripada perjuangan sebenar.

"Kita tubuhkan parti 20 tahun ketika hiruk-pikuk polemik politik dalam negara dengan mengangkat tema keadilan dalam institusi kerajaan, pelaksana, soal birokrasi, kebebasan media dam institusi Parlimen," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di Jeti 3,000 Sungai Besar di sini hari ini.

Saifuddin berkata, sebagai sebuah parti yang mengangkat agenda besar tidak mungkin boleh sempurna jika ada pemimpin memikirkan soal jawatan berbanding isu rakyat.

"Masalah di luar sangat banyak. Isu jurang pendapatan rakyat, keadilan pengagihan kekayaan ekonomi negara, soal kecekapan sistem penyampaian dan peluang pekerjaan.

"Ini antara isu pokok yang sangat dekat dengan rakyat yang perlu diberi tumpuan," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat ahli PKR lupa daratan dan menyalahgunakan kuasa selepas memiliki jawatan dalam kerajaan.

Artikel Berkaitan: