X

Kindly register in order to view this article
!

'Liverpool terlalu liat musim ini'

Guardiola akui Liverpool terlalu bagus musim ini.
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola tidak risau jika gagal mempertahankan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurutnya, kegagalan tersebut bukan penanda aras pasukannya tidak berjaya sebaliknya menegaskan cabaran yang diberikan beberapa pasukan seperti Liverpool dalam saingan liga cukup sengit.

Menurutnya, Liverpool juga tampak sukar dicabar musim ini apabila masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 13 perlawanan.

"Liverpool nampak sukar untuk dihentikan musim ini. Saya tahu perjalanan liga masih jauh tetapi saya melihat secara realistik dan nampk Liverpool cukup hebat.

“Jadi, jika kami gagal pertahankan trofi liga musim ini, kami akan cuba lagi musim akan datang. Gagal musim ini bukan ibarat City telah gagal sepenuhnya.

"Tetapi kami akan tetap berjuang dalam saingan liga musim ini. Kami tidak pernah menyerah. Apa yang saya katakan adalah realiti yang berlaku musim ini," katanya.

Skuad kendalian Jurgen Klopp mencatatkan 12 kemenangan dan satu seri dalam 13 perlawanan EPL sekali gus berada di kedudukan teratas liga.

City pula telah tewas tiga kali musim ini, rekod yang dianggap sedikit teruk berbanding hanya dua kekalahan musim lalu.

Penyandang juara itu kini berada di kedudukan ketiga liga sembilan mata di belakang Liverpool.

Aksi semasa The Citizen itu diramalkan ramai pihak sebagai satu kemerosotan dan dijangka tidak mampu mempertahankan trofi EPL musim ini.