Hari Mesra Pelanggan PTPTN platform terbaik salur maklumat

Abdul Ghaffar (dua dari kiri) menyampaikan replika cek untuk cabutan hadiah kepada Hsie Yse sempana Hari Mesra Pelanggan PTPTN di UTC Galeria@Kotaraya di Johor Bahru, kelmarin.
Abdul Ghaffar (dua dari kiri) menyampaikan replika cek untuk cabutan hadiah kepada Hsie Yse sempana Hari Mesra Pelanggan PTPTN di UTC Galeria@Kotaraya di Johor Bahru, kelmarin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hari Mesra Pelanggan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diadakan setiap tahun adalah platform terbaik penyampaian maklumat mengenai skim simpanan kepada ibu bapa demi manfaat pendidikan anak-anak.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Perhubungan Awam dan Pengurusan Majlis PTPTN, Abdul Ghaffar Yusop berkata, Hari Mesra Pelanggan PTPTN 2019 yang berlangsung serentak di 14 lokasi seluruh negara cukup menarik dengan pelbagai aktiviti diadakan.

Menurutnya, UTC Galeria@ Kotaraya, Johor Bahru dipilih sebagai lokasi Hari Mesra Pelanggan PTPTN bagi negeri Johor pada tahun ini.

“Program berbentuk mini karnival dengan pengisian aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga seperti pertandingan mewarna, Bijak Wang, PS4, Beyblade, Got Talent dan banyak lagi menceriakan Hari Mesra Pelanggan PTPTN,” katanya kepada Sinar Harian pada Hari Mesra Pelanggan PTPTN di sini kelmarin.

Hsie Yee (dua dari kiri) bersama suami bergambar bersama replika cek yang dimenangi pada Hari Mesra Pelanggan PTPTN di UTC Galeria @ Kotaraya, Johor Bahru kelmarin.
Hsie Yee (dua dari kiri) bersama suami bergambar bersama replika cek yang dimenangi pada Hari Mesra Pelanggan PTPTN di UTC Galeria @ Kotaraya, Johor Bahru kelmarin.

Beliau berkata, bagi menggalakkan lagi usaha penabungan dalam kalangan masyarakat, PTPTN giat membuat promosi cabutan hadiah SSPN 2019.

“Semua pendeposit yang sedia ada mahupun yang baharu berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM1.1 juta.

“Hadiah utama yang ditawarkan untuk Cabutan 15 Tahun SSPN-i berupa wang tunai lebih RM151,000 manakala Cabutan WOW! SSPN-i Plus menawarkan hadiah kereta Proton X-70 Premium.

Artikel Berkaitan:

“Jangan bimbang, anda masih belum terlewat untuk menyertai cabutan yang ditawarkan kerana masih ada Cabutan Siri ke-3 dan Cabutan Tahunan untuk kedua-dua kategori yang berakhir pada Disember 2019 ini,” katanya.

Abdul Ghaffar turut memuji usaha kerajaan Johor menerusi Bajet 2020 baru-baru ini yang meneruskan Program Dana Didik Johor pada tahun 2020 dengan menaikkan peruntukan dalam akaun SSPN-i daripada RM50 kepada RM100 bagi setiap kelahiran.

“Langkah kerajaan Johor memilih SSPN sebagai instrumen simpanan bagi tujuan pendidikan anak-anak Johor disambut baik oleh PTPTN.

“Ini menunjukkan kerajaan negeri bersungguh-sungguh untuk mendidik masyarakat menabung seawal usia anak-anak,” katanya.

Justeru, beliau berharap SSPN menjadi pilihan kepada masyarakat di Malaysia kerana ia bukan hanya simpanan tetapi menawarkan pelbagai keistimewaan seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan dan perlindungan takaful bagi simpanan SSPN.

“Ibu bapa perlu mempunyai akaun SSPN untuk anak-anak kerana penabungan dan perancangan kewangan adalah perkara terpenting dalam pendidikan tinggi negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman pendidikan.

Kaunter pertanyaan diserbu orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat mengenai PTPN sempena Hari Mesra Pelanggan PTPTN di UTC Galeria @ Kotaraya, Johor Bahru kelmarin.
Kaunter pertanyaan diserbu orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat mengenai PTPN sempena Hari Mesra Pelanggan PTPTN di UTC Galeria @ Kotaraya, Johor Bahru kelmarin.

“Marilah bersama-sama meraih peluang yang ada untuk menabung demi masa depan anak-anak. Melalui penabungan SSPN, mari kita bina impian dan bina harapan mereka #LoveSSPN,” katanya.

Sementara itu, seawal jam 9 pagi orang ramai telah memenuhi pekarangan pentas utama Hari Mesra Pelanggan PTPTN di UTC Galeria@Kotaraya, Johor Bahru.

Kaunter khidmat pelanggan turut dibuka bagi membolehkan orang ramai mendapatkan informasi berkenaan skim simpanan, pinjaman pendidikan dan pembayaran balik pinjaman.

Sementara itu, ejen hartanah dari Bandar Dato Onn tidak menyangka terpilih memenangi cabutan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2019, sekali gus melayakkannya membawa pulang RM15,151.15.

Chai Hsie Yee, 38, yang ditemani suaminya, Kevin Leong, 46, terharu menerima replika cek selaku pemenang Cabutan 15 tahun SSPN-i Siri 2.

Menurutnya, dia bersyukur kerana terpilih sebagai pemenang cabutan hadiah kerana simpanan dalam SSPN untuk tiga anaknya berusia lapan, 15 dan 17 tahun dibuka kira-kira setahun lalu.

Katanya, ketika menerima panggilan daripada SSPN yang memaklumkan dia terpilih sebagai pemenang cabutan hadiah, dia seakan-akan tidak percaya dan menyangka ia panggilan scammer.

“Sudah setahun saya menyimpan dalam SSPN-i untuk anak-anak. Walaupun masih baharu tetapi tuah menyebelahi saya dan keluarga.

“Saya menyimpan di SSPN untuk pendidikan ketiga-tiga anak saya pada masa hadapan bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran kelak.

“SSPN sememangnya mempunyai banyak kebaikan, selain menggalakkan anak menabung sejak kecil. Justeru, ibu bapa yang masih tidak mempunyai akaun SSPN segera berbuat demikian. Simpan sikit-sikit lama-lama menjadi bukit,” katanya.