Peniaga rentung kereta terbakar

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dari kereta yang terbakar di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang awal pagi tadi.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang rentung dari kereta yang terbakar di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang awal pagi tadi.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang peniaga rentung selepas kereta Perodua Kenari dinaiki terbakar dalam kejadian di Jalan Tembaga 3, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, dekat Johor Bahru kira-kira jam 3.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, mangsa, Rohaizal Rahmat, 39, dari Taman Tanjung Puteri Resort yang memandu kereta seorang diri dalam perjalanan dari Seri Alam menghala ke Kampung Pasir Putih.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebatang pokok yang berada di tengah-tengah pembahagi jalan.

"Akibat daripada perlanggaran itu, kereta mangsa terbakar dan mangsa yang tidak sempat keluar turut terbakar. Anggota bomba dari Pasir Gudang mengeluarkan mayat mangsa dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat," katanya.

Kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebatang pokok yang berada di tengah pembahagi jalan sebelum terbakar.
Kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebatang pokok yang berada di tengah pembahagi jalan sebelum terbakar.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya memohon saksi yang melihat kejadian tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba, Ibrahim Omar berkata, sebuah jentera bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba membuat pemadaman dan mengeluarkan mangsa dalam tempoh 20 minit menggunakan peralatan menyelamat.

Artikel Berkaitan:

“Mayat mangsa yang rentung diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Keadaan kereta yang hangus di kawasan Perindustrian Pasir Gudang awal pagi tadi. - Foto Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang
Keadaan kereta yang hangus di kawasan Perindustrian Pasir Gudang awal pagi tadi. - Foto Pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang