Baguslah dia sedar, kata Abdul Hadi

Abdul Hadi (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada wakil NGO pelbagai kaum dan agama yang sertai dialog di Hotel Putra di sini hari ini.
Abdul Hadi (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada wakil NGO pelbagai kaum dan agama yang sertai dialog di Hotel Putra di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'menyambut baik' pengakuan veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa Pakatan Harapan (PH) menjanjikan sesuatu sesuatu yang mustahil dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Menurutnya, pengakuan itu juga jelas menunjukkan bahawa segala janji yang dibuat itu semata-mata untuk meraih sokongan rakyat terhadap mereka.

"Baguslah dia (Kit Siang) sedar. Dia sedar dia buat berjanji benda tidak betul.

"Dengan sebab itu rakyat perlu tolak PH dalam PRU akan datang," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Hi Tea dan Dialog Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pelbagai Kaum dan Agama di Hotel Putra di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: PH boleh jadi kerajaan sepenggal: Kit Siang

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri yang mengakui janji manifesto PH mustahil untuk ditunai.

Kit Siang dilaporkan berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen DAP Perak ke-20 di Ipoh, Perak hari ini.

Katanya, kerajaan digesa untuk bekerja keras dan berusaha menunaikan segala janji dalam manifesto PRU14 jika tidak mahu menjadi kerajaan sepenggal.

Artikel Berkaitan: