[VIDEO] Gelandangan diberi tempat tidur selesa

BRISBANE – Golongan gelandangan di Brisbane masih berpeluang menikmati tidur yang selesa selepas satu badan amal mengambil inisiatif menjadikan ruang tempat letak kereta sebagai tempat tidur yang selamat pada waktu malam.
Organisasi yang diberi nama Beddown itu turut memberi pakaian baharu dan ruang membersihkan diri, lapor Interesting Engineering yang memetik sumber.
Pengasas Beddown, Norman McGillivray berkata, idea tersebut timbul ketika dia sedang berjalan melalui tempat letak kereta yang kosong di Secure Parking yang merupakan salah sebuah tempat letak kereta terbesar di Australia.
Menurutnya, walaupun idea tersebut baru sahaja dilaksanakan di Brisbane, pihaknya bercadang untuk melaksanakannya di tempat lain tidak lama lagi.

Gelandangan yang menggunakan perkhidmatan itu berpuas hati kerana dapat berehat dan tidur yang selesa.
“Mengikut percubaan Beddown di Brisbane, statistik yang kami terima amat mengagumkan. Seramai 41 orang yang menggunakan katil kami ketika percubaan semuanya berpuas hati dan merasakan diri mereka dalam keadaan selamat.
“Kami akan teruskan usaha seperti ini bagi membolehkan mereka memperbaiki kehidupan mereka pada masa akan datang," menurut laporan itu.
Sementara itu, perkongsian gambar oleh Beddown di Instagram kini tular dan rata-rata netizen memuji alternatif dilakukan organisasi itu dan berharap akan diteruskan di seluruh Australia.
“Satu cara yang amat mengagumkan dari badan amal itu. Sememangnya terbaik dalam membantu memberi keselesaan kepada gelandangan. Saya berharap dapat diteruskan di seluruh Australia kerana gelandangan ini sememangnya perlu dibantu,“ tulis John Lam.
Lin Afarin pula menulis, “Wow, terbaik Beddown. Langkah yang kamu lakukan sememangnya layak dipuji dan ini sangat memberi kegembiraan kepada gelandangan di Australia. Saya mengharapkan agar kerajaan bekerjasama dengan mereka bagi memberi keselesaan kepada gelandangan.”
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29amAnggota tentera maut kemalangan, badan hampir putus dua
12 Januari 2026 10:24amPDRM siasat kes anggota polis tampar individu di stesen minyak
12 Januari 2026 04:23pm[VIDEO] Bekas pengerusi NGO didakwa seleweng wang derma untuk Palestin
12 Januari 2026 10:46amGas pendingin hawa meletup di universiti swasta: Seorang maut, dua parah
12 Januari 2026 04:39pm- Iklan -- Iklan -
