Tak ponteng sekolah boleh menang motosikal

Pelajar SMK Batu Laut yang memenangi hadiah utama kerana kehadiran penuh mereka ke sekolah. - Foto Twitter Nura
Pelajar SMK Batu Laut yang memenangi hadiah utama kerana kehadiran penuh mereka ke sekolah. - Foto Twitter Nura
A
A
A

TANJONG SEPAT - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Laut mencuri perhatian warganet apabila menyediakan pelbagai hadiah menarik kepada pelajarnya yang tidak pernah ponteng sekolah.

Hadiah disediakan pula bukan calang-calang iaitu sebuah motosikal bagi tempat pertama, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima pakej percutian ke Langkawi dan televisyen LED.

Kaedah unik itu dikongsi dua pelajar yang menggunakan nama Nura dan Maa di Twitter yang memuji usaha sekolah mereka 'memikat' pelajar untuk hadir ke sekolah.

Mereka turut berkongsi cara pihak pengurusan membahagikan hadiah tersebut.

"Pemenang ditentukan dengan cabutan bertuah dalam kalangan mereka yang tidak ponteng dan mencapai kehadiran penuh.

Perkongsian dua murid SMK Batu Laut kini tular di media sosial.
Perkongsian dua murid SMK Batu Laut kini tular di media sosial.

“Untuk yang kehadiran 100 peratus, semuanya akan dapat peralatan sekolah. Ini (motosikal, pakej percutian dan TV) kiranya hadiah utama yang pengetua janji nak bagi untuk mereka yang bertuah melalui cabutan nama. Ikutlah rezeki masing-masing. Congrats (tanhniah) korang! Giliran saya akan datang,” ciap Maa di Twitternya.

Perkongsian tersebut kini tular di media sosial yang meraih 18,500 ulang kicau, 19,000 tanda suka dan ramai netizen memuji usaha tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Usaha yang bagus daripada pihak sekolah dan PIBG. Terbaiklah semua dapat hadiah yang mahal itu. Dulu dapat sijil sahaja tau,” tulis Jejari Cantik Menaip di Twitter.

Muhammad Hidayat pula menulis, “Inilah yang jadi kalau pengetua, cikgu dan ibu bapa main peranan dan gunakan sumber yang mereka kumpul hasil sumbangan ibu bapa, yuran PIBG dan lain-lain dengan penuh amanah dan integriti. Bukan songlap masuk poket sendiri atau buat program yang apa-apa. Tabik sekolah ini."

Antara reaksi netizen yang memuji langkah pihak sekolah menggalakkan murid datang ke sekolah.
Antara reaksi netizen yang memuji langkah pihak sekolah menggalakkan murid datang ke sekolah.