X

Kindly register in order to view this article
!

Ronnie Liu mahu Anwar jadi PM secepat mungkin

Kira kira 1000 hadir pada Konvensyen Reformis 2019 anjuran Otai Reformis 98 di Ideal Convention Centre Shah Alam di sini hari ini.
A
A

SHAH ALAM – "Kita hendak Anwar jadi PM secepat mungkin. Tolong ingat pada perjanjian 'gentleman agreement' yang dibuat sebelum ini,” kata Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek yang juga Bendahari Otai Reformis 98 itu berkata demikian pada Konvensyen Reformis 2019 anjuran Otai Reformis 98 di Ideal Convention Centre Shah Alam di sini hari ini.

Ini bukan kali pertama Ronnie melakukan desakan secara terbuka sebaliknya kerap memberi peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya segera menunaikan janji mengenai peralihan kuasa Perdana Menteri.

Sebelum itu, Ronnie menyoal kira-kira 1,000 hadirin mengenai perjanjian 'gentleman agreement' itu sambil memberi jawapan bahawa pada perjanjian tersebut Anwar akan menjadi Perdana Menteri yang kelapan selepas dua tahun dipegang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menegaskan, jika Anwar dapat menjadi Perdana Menteri secepat mungkin, pelbagai reformasi dapat dilakukan bukan sahaja untuk satu kaum atau bangsa sebaliknya untuk keseluruhan rakyat Malaysia.

“Minda reformasi itu sudah lama dan sebati dengan Anwar sejak dulu lagi malah beliau juga banyak menyatu-padukan masyarakat Cina dan India,” tegasnya.

Mengimbas semula hubungan DAP dengan Anwar, Ronnie berkata, parti itu sangat gerun dan menganggap pemimpin itu sebagai musuh utama ketika bersama UMNO.

Ronnie menyifatkan pada masa itu, kepimpinan Anwar begitu menyerlah sehingga parti pembangkang sukar melawan kerajaan pada masa itu.

Katanya, Anwar juga memainkan peranan utama sejurus selepas keluar UMNO dalam menyatukan Pas dan DAP supaya dapat menentang UMNO sekali gus menang besar pada pilihan raya selepas itu.

“Itu juga antara sebab saya menyertai Otai Reformis tanpa langsung berbincang dengan Penasihat DAP seperti mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP).

“Pada saya, dari awal lagi Anwar sememangnya seorang pemimpin hebat, ikon demokrasi dan reformasi paling unggul. Dulu dalam DAP, kami anggap Anwar sebagai musuh utama. Kekuataan UMNO adalah kerana Anwar juga. Apabila keluar UMNO, beliau telah menyatukan kita semua. Itu yang betul.

“Melalui Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kita menang beberapa negeri dan Anwar telah memainkan peranan yang besar sebenarnya. Saya hendak ulangi lagi 'gentleman agreement' pada PRU-14,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!