Enam projek pembangunan di Muar

Babit peruntukan RM101.15 juta dalam pertimbangan kerajaan Persekutuan

Dr Sahruddin Jamal
Dr Sahruddin Jamal
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak enam projek pembangunan di Muar membabitkan peruntukan bernilai kira-kira RM101.15 juta kini dalam pertimbangan kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, projek berkenaan membabitkan pembinaan Medan Selera Asam Pedas di Pantai Leka, naik taraf hakisan pantai di kawasan Pengkalan Seri Menanti Laut, naik taraf perparitan dan bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi dan pembinaan jalan pintas dari Muar Furniture Park ke Batu 11.

Menurutnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika lawatannya pada 20 Oktober lalu bersetuju menimbangkan projek berkenaan.

“Selain itu, cadangan juga melibatkan pembinaan projek pelebaran jalan utama dalam kawasan Muar Furniture Park selain projek pelebaran jalan sedia ada di kawasan yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Zaiton Ismail (BN-Sungai Balang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini semalam.

Dr Sahruddin turut memberi jaminan kesemua projek berkenaan akan tetap dilaksanakan walaupun dalam kawasan pembangkang.

“Projek di Tanjung Piai pun kita akan teruskan tapi kesian baru menang dah ambil kredit untuk projek itu, Insya-ALLAH projek yang saya telah umum kita akan tetap laksanakan tidak perlu khuatir.

“Ini sama sahaja macam baharu ini kita rasmikan persimpangan bertingkat Pulai Jaya, berapa lama projek itu tergendala, tujuh tahun sahaja tetapi kita telah selesaikan,” katanya.

Artikel Berkaitan: