Dua maut, dua parah dalam nahas di Kota Belud

No Image Caption
A
A
A

KOTA BELUD - Dua mangsa maut manakala dua lagi kanak-kanak lelaki parah dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kudat, Kampung Ulu Kukut di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 kira-kira jam 1.17 tengah hari tadi sebelum menggerakkan 13 anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kota Belud dan Kota Marudu ke lokasi kejadian.

"Mangsa yang maut dikenali sebagai Zollen Enggal, 38, dan seorang wanita yang belum dikenal pasti identitinya.

"Kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan yang mereka naiki sebelum berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," menurut kenyataan itu di sini malam ini.

Sementara mangsa yang parah ialah Zulkifli Sapawit, 7, dan Syarikhmal Soo Abdullah, 9, manakala pemandu lori terselamat.

Kemalangan berkenaan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis Proton Saga dan lori seberat 10 tan. - Bernama

Artikel Berkaitan: