‘Ketar jadi orang pertama berkhatan’

Seramai 42 kanak-kanak dimandikan sebelum dikhatankan pada program Khatan Perdana Kampung Ulu Chepor hari ini.
Seramai 42 kanak-kanak dimandikan sebelum dikhatankan pada program Khatan Perdana Kampung Ulu Chepor hari ini.
A
A
A

IPOH - Seramai 42 kanak-kanak berjaya melangkah 'ke alam dewasa' apabila menyertai program Khatan Perdana anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKM) di Kampung Ulu Chepor di sini hari ini.

Bagi peserta, Muhamad Izzul Ibzlan Md Zuki, 6, berkata, dia berasa sedikit gementar kerana menjadi orang pertama dikhatankan.

“Masa mandi disiram bomba memang seronok main bersama rakan-rakan tapi bila dapat tau jadi orang pertama terus rasa ketar.

“Tapi sakit sikit saja. Mak pun beritahu sakit macam kena gigit semut. Sekarang ni okey dah,” katanya.

Sementara itu, pada program Kembara Kasih ‘Infiniti Dalam Ukhwah’ bersama penduduk, IKM turut menyantuni 10 keluarga asnaf.

Ketua Pengarahnya, Ariffin Mamat berkata, program itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat yang mampu merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat.

Ariffin (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga asnaf di Kampung Ulu Chepor hari ini.
Ariffin (tiga dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga asnaf di Kampung Ulu Chepor hari ini.

“Kita kena mengadakan program bersama masyarakat, bukan hanya diadakan pada masa tertentu sahaja, jika ada peluang kita perlu mencurahkan khidmat bakti kepada golongan yang memerlukan tidak kira umur, bangsa dan agama.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun jika dilihat sumbangan sangat kecil namun ia diharapkan memberikan impak besar kepada mereka golongan yang memerlukan,” katanya.

Hadir sama, Pegawai Khas I Parlimen Tambun, Baddrul Halim Abdul Wahab dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Ulu Chepor, Md Zuki Abd Rahman.

Menurutnya, program selama dua hari itu turut mempromosikan peranan IKM sebagai peneraju Pusat Kecemerlangan Pembangunan Modal Insan Gerakan koperasi melalui penyelidikan, Pendidikan dan bimbingan bersasar.