Kolam bersiram Puteri Saadong terabai?


Penduduk berharap kolam yang menjadi lokasi bersiram Puteri Saadong dibangunkan sebagai destinasi pelancongan di Kelantan.
Penduduk berharap kolam yang menjadi lokasi bersiram Puteri Saadong dibangunkan sebagai destinasi pelancongan di Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Kolam yang dikatakan menjadi lokasi bersiram Puteri Saadong wajar dibangunkan sebagai destinasi pelancongan di Kelantan.

Penjaga kawasan, Mohd Sidek Mat Husain, 50, berkata, kolam yang terletak di Kampung Serendah Sekebun Bunga terletak di Ketereh memerlukan kerja naik taraf melibatkan laluan masuk, tandas awam, surau dan tempat mandi tertutup bagi kaum wanita.

Menurutnya, laluan masuk juga dilitupi semak malah agak curam dan menyebabkan laluan menjadi licin, sekiranya hujan.


Mohd Sidek menunjukkan pintu masuk ke kolam bersiram Puteri Saadong.
Mohd Sidek menunjukkan pintu masuk ke kolam bersiram Puteri Saadong.

“Kolam ini penuh dengan nilai sejarah yang tersendiri kerana dibuka oleh Puteri Saadong yang juga anak angkat kepada Che Siti Wan Kembang, sekitar 1660-an lalu,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Cabang PKR Ketereh, Mohd Sukirman Mustafa berkata, penduduk berharap kerajaan negeri dapat membangunkan kawasan ini.

Beliau berkata, tanpa penjagaan khusus, tempat yang kaya dengan nilai sejarah ini mungkin ditelan zaman.

“Kewujudan kolam menyebabkan di Kampung Serendah Sekebun Bunga terkenal seluruh negara, malah ia ditambah dengan penemuan beberapa artifak sejarah tidak lama dahulu.

Artikel Berkaitan:

“Saya harap pelbagai pihak dapat mencari inisiatif baharu dalam menaikkan sektor pelancongan di sini,” katanya.