Pengusaha kapal enggan menggaji pelaut tempatan

Kenyataan NUSPM berhubung isu berkenaan.
Kenyataan NUSPM berhubung isu berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sikap pengusaha kapal tempatan lebih mengutamakan warga asing berbanding pekerja tempatan menyebabkan pelaut tempatan sukar mendapat pekerjaan.

Setiausaha Kesatuan Kebangsaan Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Zaini Nordin berkata, mereka lebih bergantung kepada pelaut asing meskipun negara mempunyai orang tempatan yang mencukupi untuk keperluan industri.

“Kebanyakan pengusaha kapal tempatan tidak memberi peluang pekerjaan kepada orang tempatan sebaliknya lebih cenderung mengambil pelaut warga asing seperti Myanmar dan Indonesia.

“Ramai rakyat Malaysia berminat untuk bertugas sebagai pelaut namun tidak diberi peluang. Setiap pelaut perlu mempunyai sijil serta menjalani latihan daripada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, beliau menggesa Jabatan Laut Malaysia (JLM) supaya memantau pengambilan pekerja asing di sektor terbabit.

“Kami merasakan ini tidak adil dan pihak Jabatan Laut Malaysia perlu memantau cara pengambilan pelaut untuk bekerja terutamanya di kapal milik pengusaha tempatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: