Operasi SAR mangsa bot karam dihentikan

Operasi SAR ditamatkan 9.30 pagi tadi setelah empat hari diaktifkan berikutan ketiadaan sebarang petunjuk mengenai mangsa bot itu.
Operasi SAR ditamatkan 9.30 pagi tadi setelah empat hari diaktifkan berikutan ketiadaan sebarang petunjuk mengenai mangsa bot itu.
A
A
A

BINTULU - Ekoran tiada sebarang laporan atau maklumat mengenai kehilangan bot atau nelayan berikutan penemuan sebuah bot dalam keadaan terbalik di perairan Bintulu Khamis lalu, operasi mencari dan menyelamat oleh (SAR) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak dihentikan hari ini.

Operasi SAR ditamatkan 9.30 pagi tadi setelah empat hari diaktifkan berikutan ketiadaan sebarang petunjuk mengenai mangsa bot itu, menurut APMM Sarawak dalam satu kenyataan.

Operasi itu diaktifkan Khamis lepas setelah bot fiber tanpa nombor dan berwarna oren itu ditemui 40 batu nautika dari Bintulu pada jam 9.35 pagi manakala pencarian di lokasi bot tidak menemui sebarang mangsa.

Menurut kenyataan itu lagi, selain itu pasukan penyelam tidak dapat dihantar disebabkan kedalaman terkini di lokasi bot itu mencecah 30 meter dan keadaan arus pula sangat kuat di lokasi. - Bernama

Artikel Berkaitan: