Tanah kubur digenangi air

 Pasukan bomba dan Penyelamat Kota Bharu membantu mengeringkan mata air di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Latif, Kota Bharu.
Pasukan bomba dan Penyelamat Kota Bharu membantu mengeringkan mata air di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Latif, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Berikutan hujan lebat awal pagi tadi, urusan pengebumian seorang warga emas dari Kampung Pulau Panjang, Kuala Besar terpaksa ditangguhkan seketika kerana tanah perkuburan digenangi air.

Penduduk kampung berusaha untuk mengeluarkan air dengan menggunakan pam, namun gagal.

Keadaan itu memaksa ahli keluarga mendapatkan bantuan daripada anggota Bomba dan Penyelamat Kota Bharu bagi pengepam air sedalam 0.5 meter di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Latif, Kota Bharu.

Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Azlan Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11 pagi dan seramai empat anggota membantu menggunakan alatan inovasi yang dihasilkan oleh kumpulan KIK Matahari iaitu MCFF SET.

Menurutnya, pam yang dijana menggunakan motosikal itu pernah memenangi pertandingan inovasi peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Artikel Berkaitan: