Tahniah kepeng!: Ucap Remy buat Syazwan

No Image Caption
A
A
A

AKTOR, Remy Ishak selaku watak utama drama trending di Slot Akasia TV3, Pujaan Hati Kanda, tampil mengucapkan tahniah kepada pelakon Syazwan Zulkifly.

Ucap Remy dengan memuat naik video khas dari Italy.

"Hello guys... sorry saya tak boleh nak Twit dan tak dapat berada di dalam radar Pujaan Hati Kanda sebab masih lagi berada di Italy. Apapun tahniah buat kepeng!," katanya ringkas.

Sementara itu, Syazwan, berkata, ini merupakan projek keduanya bersama Hero Malaya tersebut dan turut menyanjungi kredibiliti Remy.

"Saya sebenarnya sangat cuak dan hormat bila dapat bekerja dengan beliau, kerana beliau adalah seorang yang sangat serius (bukan garang) dengan kerja beliau.

"Seorang pelakon yang sangat disiplin dalam kerja dan aura beliau jangan cakap la, ketaq lutut satu frame dengan Remy Ishak.

"Seorang pelakon yang patut dijadikan contoh oleh pelakon-pelakon baru ataupun yang mahu jadi pelakon," katanya yang menjadikan Remy sebagai idola.

Selain Syazwan dan Remy Ishak drama bersiri 28 episod arahan Eoon Shuhaini diterajui barisan pelakon popular seperti Mira Filzah, Sarah Hildebrand dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan:

Ia mulai bersiaran di Slot Akasia TV3 jam 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat.