AFIC kecam insiden wanita hamil diserang di Australia

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan suspek menyerang mangsa yang sedang berbual bersama rakan-rakannya di sebuah kafe.
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan suspek menyerang mangsa yang sedang berbual bersama rakan-rakannya di sebuah kafe.
A
A
A

PERSEKUTUAN Majlis Islam Australia (AFIC) mengecam insiden serangan melibatkan seorang wanita hamil di Parramatta, Australia yang dilaporkan hari ini.

Menerusi satu kenyataan akhbar, AFIC menyampaikan tanda ingatan dan doa terhadap mangsa yang tidak bersalah dan ahli keluarganya selain memuji tindakan pantas pihak yang menghentikan serangan dan menangkap suspek.

Insiden disifatkan serangan Islamofobia susulan pengesahan polis New South Wales bahawa suspek melaungkan ucapan kebencian anti-Islam kepada mangsa dan rakan-rakannya.

Serangan terbabit merupakan bukti nyata peningkatan serangan Islamofobia di Australia yang membahayakan masyarakat Muslim terutama golongan wanita.

Menurut AFIC, keganasan terhadap wanita perlu dikecam dan golongan ini tidak seharusnya berasa tidak selamat menjalankan aktiviti seharian.

"Perbuatan menyerang wanita hamil bersama rakan-rakannya yang tidak mengganggu urusan sesiapa adalah perbuatan melampau dan pelaku perlu menerima hukuman setimpal sistem keadilan.

"Ini merupakan serangan perkauman dan Islamofobia dan kami mahu kes disiasat," kata Presiden AFIC, Dr Rateb Jneid.

Islamofobia adalah satu realiti dan merupakan ancaman kepada masyarakat dan pihak AFIC menyeru kerajaan serta perkhidmatan penguatkuasaan di semua peringkat supaya menangani isu ini dengan serius sebelum tragedi berlaku.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hamil mangsa serangan Islamofobia