Redah sungai selamatkan si bulus

Kucing liar yang terjatuh ke dalam Sungai Segget diselamat anggota bomba pagi tadi. - Foto ihsan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin
A
A

JOHOR BAHRU - Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin menyelamatkan seekor kucing liar yang terjatuh ke dalam longkang sedalam 6 meter di Sungai Segget, Jalan Wong Ah Fok di sini.

Pegawai Operasi, Nazarudin Yusof berkata, tujuh anggota tiba di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira jam 9.19 pagi.

Katanya, anggota bomba terpaksa meredah sungai sehingga paras dada menggunakan peralatan khas, tali dan tangga sebelum dapat menyelamatkan kucing tersebut.

"Bomba mengambil masa sejam untuk selamatkan kucing itu. Kucing tersebut di bawa balik ke balai dan dimandikan serta diberikan makanan," katanya.

Video anggota bomba menyelamatkan kucing liar itu turut dikongsi di media sosial dan mendapat pujian daripada orang ramai.

Anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan kucing liar yang terjatuh ke dalam Sungai Segget pagi tadi. - Foto ihsan Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Larkin
Anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan kucing liar yang terjatuh ke dalam Sungai Segget pagi tadi. - Foto ihsan Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Larkin