Sokong keputusan mesyuarat AMK Rabu lalu

Mesyuarat yang diadakan di Rumah Pemuda pada Rabu lalu menyokong agar Mohamed Azmin merasmikan kongres sayap parti itu di Melaka pada 5 Disember ini.
Mesyuarat yang diadakan di Rumah Pemuda pada Rabu lalu menyokong agar Mohamed Azmin merasmikan kongres sayap parti itu di Melaka pada 5 Disember ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pimpinan Cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menyokong keputusan mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden AMK, Muhammad Hilman Idham di Rumah Pemuda pada Rabu lalu.

Kenyataan bersama melibatkan 16 Ketua dan Timbalan Ketua AMK Selangor berkata, keputusan mesyuarat tersebut merupakan suara majoriti pimpinan dan akar umbi yang prihatin terhadap kelangsungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai parti yang demokratik dan bebas.

Menurut mereka, sebagai sayap anak muda dalam parti, AMK bertanggungjawab menegaskan kembali idealisme dan prinsip perjuangan khususnya di saat parti sedang dilanda krisis kepimpinan.

"Justeru, kami menggesa kepimpinan parti supaya kembali bermuhasabah kerana perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata," menurut kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: AMK pertahan Dr Mahathir

Sebelum ini, Muhamad Hilman dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan mengumumkan bahawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan tetap merasmikan kongres sayap parti itu di Melaka pada 5 Disember ini.

Isu perasmi kongres terbabit menjadi kontroversi selepas jemputan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dibatalkan dan diganti dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mengiktiraf mesyuarat itu, sebaliknya mendakwa pertemuan tersebut sebagai sesi ceramah bagi menyatakan pandangan mereka kerana pelaksanaannya tidak mengikut peraturan parti.

Artikel Berkaitan:

AMK Selangor turut menyatakan bahawa pihaknya nekad mempertahankan tradisi dan konvensyen organisasi yang telah dirikan sejak awal penubuhan PKR.

"Kami juga konsisten atas nama perjuangan rakyat untuk mempertahankan kestabilan kerajaan daripada kerakusan mana-mana pihak yang berkepentingan," kata kenyataan tersebut.