Pinjam wang serendah RM11,000 melalui QQ, WeChat

Sebahagian rampasan dalam serbuan di enam premis berasingan di taman perumahan di Klebang, Selasa lalu.
Sebahagian rampasan dalam serbuan di enam premis berasingan di taman perumahan di Klebang, Selasa lalu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis menumpaskan sindiket penipuan pinjaman wang dan kegiatan perjudian secara dalam talian selepas menahan 53 individu di enam premis berasingan di Klebang di sini.

Kegiatan ahli sindiket dipercayai menggunakan aplikasi QQ dan 'Wechat' untuk memperdaya mangsa itu dikesan dalam serbuan dilakukan di kawasan taman perumahan, Selasa lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, seramai 41 lelaki dan seorang wanita warga China ditahan dalam serbuan di sekitar taman perumahan itu.

"Turut ditahan dua lelaki berusia 33 hingga 37 tahun. Siasatan awal mendapati ahli sindiket membuat tawaran pinjaman wang kepada mangsa dan menyasarkan warga China dan tempatan.

"Mereka menawarkan pinjaman kewangan serendah 20,000 yuan (RM11,858) sehingga 200,000 yuan (RM11,8580) dengan tempoh bayaran balik antara tiga hingga 48 bulan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebahagian komputer riba yang dirampas dalam serbuan itu.
Sebahagian komputer riba yang dirampas dalam serbuan itu.

Menurutnya, mangsa yang terpedaya dengan muslihat itu akan membayar wang pendahuluan sebanyak lima peratus daripada pinjaman yang dibuat.

"Bagaimanapun, individu berkenaan gagal dihubungi selepas mangsa membuat bayaran tersebut dan tidak mendapat pinjaman seperti dipohon," katanya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Mat Kasim berkata, melalui serbuan berkenaan polis turut merampas dua komputer riba pelbagai jenama, 114 telefon bimbit, 22 modem komputer, 23 pemacu pena (thumb drive).

"Sebanyak 15 tetikus, 26 buku rekod dan 12 kabel komputer turut dirampas dalam serbuan itu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.