Parkir bas warnai baki saingan Tottenham?

Taktikal parkir bas yang dijangka digunakan Mourinho.
Taktikal parkir bas yang dijangka digunakan Mourinho.
A
A
A

KEMBALINYA Jose Mourinho ke arena pengurusan dengan Tottenham Hotspur menjadi kelab ketiga liga Inggeris dikendalikannya selepas Chelsea dan Manchester United, timbul persoalan potensi pengendali berkenaan akan menerapkan taktik parkir bas bersama kelab Utara London itu.

The Special One itu sebelum ini diketahui umum gemar menerapkan taktikal berkenaan yang kali terakhir digunakan ketika mengemudi The Red Devils pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijangka mengunakan pendekatan sama menjelang kunjungan menentang West Ham United di Stadium London.

Taktikal yang sudah sinonim dengan pengendali berusia 56 tahun dari Portugal dipercayai akan kembali digunakan The Spurs pada perlawanan minggu ini menggantikan taktikal menyerang yang diterapkan bekas pengurus sebelum ini Mouricio Pochettino.

Di Stadium Tottenham, Mourinho dijangka tidak berdepan masalah mengunakan taktikal berkenaan bersama The Spurs berdasarkan jumlah pemain-pemain dimiliki finalis Liga Juara-Juara musim lalu itu.

Penilaian Tranfermarkt menyaksikan Mourinho berkemungkinan besar akan mengunakan formasi 6-3-1 pada baki saingan EPL dan Eropah.

Mourinho dijangka mengunakan khidmat Paulo Gazzaniga susulan kecederaan yang masih membelenggu Hugo Lloris.

Pemain Ivory Coast, Serge Aurier dijangka mengisi bek kanan bersama Toby Alderweireld dan Davinson Sanchez sambil diperkukuhkan dengan gandingan

Juan Foyth dan Eric Dier.

Artikel Berkaitan:

Biarpun kudrat Jan Vertonghen cukup diperlukan Tottenham bagi memantapkan formasi itu, namun kecederaan dialami Vertonghen memungkinkan slot keenam itu diisi Ben Davies.

Nadi tengah Tottenham iaitu bahagian penting dalam mengerakkan serangan dijangka diisi Tanguy Ndombele, Harry Winks dan Moussa Dembele bagi memudahkan Harry Kane melakukan sentuhan penyudah.