Perisa vape akibatkan 'popcorn lung'

Kecederaan dialami remaja tersebut sama seperti dialami pekerja yang terdedah kepada perisa bertih jagung ketuhar gelombang mikro.
Kecederaan dialami remaja tersebut sama seperti dialami pekerja yang terdedah kepada perisa bertih jagung ketuhar gelombang mikro.
A
A
A

CHICAGO - Penyelidik di Kanada telah mengenal pasti kecederaan paru-paru baharu dipercayai ada kaitan dengan bahan perisa rokok elektronik.

Ia didakwa menyebabkan gejala sama seperti popcorn lung (paru-paru bertih jagung) kecederaan yang dialami pekerja terdedah kepada perisa bertih jagung ketuhar gelombang mikro.

Kes tersebut diterbitkan dalam Canadian Medical Association Journal hari ini melibatkan remaja berusia 17 tahun yang mengalami bronkiolitis atau kecederaan paru-paru serius dan tidak dapat dipulihkan akibat terdedah kepada kimia kerana menggunakan perisa vape.

Keadaan itu juga dikaitkan dengan diacetyl, sejenis bahan kimia yang memberi rasa mentega pada bertih jagung yang dihasilkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

Mangsa dari Kanada itu dikejarkan ke jabatan kecemasan di sebuah hospital komuniti di Ontario pada musim bunga lalu kerana batuk yang teruk.

Lima hari kemudian dia kembali semula ke hospital dengan gejala lebih teruk dan terpaksa dipindahkan ke Pusat Sains Kesihatan London dan diberi bantuan mesin ECMO untuk menggantikan fungsi paru-paru bagi menstabilkan keadaannya, namun gagal memulihkannya.

Doktor memutuskan untuk mencuba steroid dos lebih tinggi yang membantu mengurangkan kesan keradangan.

Difahamkan, kes tersebut mempunyai persamaan dengan lebih 2,000 kes kecederaan berkaitan vape yang dilaporkan di Amerika Syarikat, namun saluran pernafasan remaja itu telah rosak akibat bahan kimia. - Agensi

Artikel Berkaitan: