Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes radang paru-paru jemaah haji Malaysia tidak serius

A
A
A

BERITA SEMASA 2 JUN 2023

Hanya 11 daripada 29 jemaah haji yang berada di Tanah Suci dirawat di hospital Madinah dan Makkah kerana mengalami radang paru-paru akibat cuaca panas yang berdebu.

Ketua Rombongan Jemaah Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, keadaan semua pesakit itu adalah stabil dan tidak serius.

Selain pesakit yang menghidap radang paru-paru, jemaah yang dirawat ketika ini ialah melibatkan sakit jantung, kecederaan, masalah kulit dan mereka semuanya berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata demikian mengulas satu mesej tular yang menyebut Pengarah Operasi Madinah (Perubatan), Dr Abdul Jalil Ahmad yang mengatakan ramai jemaah haji memenuhi wad di Pusat Rawatan Madinah (PRM) disebabkan radang paru-paru.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/261505/berita/nasional/kes-radang-paru-paru-jemaah-haji-malaysia-tidak-serius

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian