Nelayan di Pekan dakwa pendapatan terjejas

Haslihelmy
Haslihelmy
A
A
A

PEKAN - Nelayan di daerah ini mengeluh apabila hasil tangkapan ikan semakin merosot dipercayai akibat aktiviti korek pasir yang berleluasa.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli mendakwa, sehingga kini tiada jalan penyelesaian diambil.

"Saya difahamkan mereka (nelayan) menghadapi kesukaran menjalankan aktiviti menangkap ikan kerana tongkang keluar masuk di kawasan itu.

"Penurunan hasil laut menyebabkan pendapatan nelayan terjejas sekali gus berlaku kenaikan harga ikan di pasaran. Mereka juga menjadikan pesisir pantai sebagai sumber rezeki sejak sekian lama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, nelayan mendakwa kira-kira kira-kira 16 tongkang keluar masuk setiap hari.

Sehubungan itu katanya, PSAP menggesa pihak berkuasa memantau aktiviti pengorekan pasir di daerah Pekan dengan syarat tertentu yang perlu dipatuhi.

"Kita harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap operator yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) untuk aktiviti mengorek pasir di situ.

"Tongkang itu masuk tanpa mengikut SOP ditetapkan dan kesannya menjejaskan hasil tangkapan ikan nelayan di Pekan," katanya.

Artikel Berkaitan: