'DAP lontar tuduhan persepsi terhadap UMNO-Pas'

Fadhli (kanan) ketika Debat Sinar Harian bertajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi. - Foto: Sinar Harian
Fadhli (kanan) ketika Debat Sinar Harian bertajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi. - Foto: Sinar Harian
A
A
A

SHAH ALAM - DAP dicabar untuk menjelaskan siapa dan bila pemimpin UMNO dan Pas yang akan melaksanakan lima perkara berkaitan bukan Islam serta Melayu seperti diperkatakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Fadhli Shaari berkata, pemimpin DAP itu melontarkan tohmah dan fitnah terhadap UMNO dan Pas seperti mana yang boleh diakses dalam laman web DAP Malaysia.

Menurutnya, Guan Eng menuduh UMNO dan Pas akan melaksanakan lima perkara tertentu sekiranya gabungan itu mentadbir negara.

"Pertama, bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh memegang jawatan dalam Kabinet. Kedua, sekolah vernakular akan ditutup sepenuhnya.

"Ketiga, bukan Muslim terutama Kristian tidak boleh berkumpul untuk upacara keagamaan. Keempat, memboikot produk bukan Muslim.

"Kelima, melabel bukan Islam dan bukan Melayu sebagai babi, komunis dan pengganas," katanya pada Debat Sinar Harian bertajuk ‘Malaysia Baharu: Pemimpin Tak Amal Politik Matang?’ di Dewan WUI, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini malam tadi.

Beliau berdebat bersama Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang dikendalikan personaliti televisyen, Saiful Nizam Ismail selaku moderator.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, tuduhan diperkatakan Guan Eng adalah satu persepsi yang dilontarkan kepada rakyat.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, tiada pemimpin UMNO dan Pas yang mengeluarkan kenyataan sedemikian namun ia diperkatakan dalam konvensyen DAP serta diwar-warkan secara besar-besaran dalam media milik DAP.

"Ini adalah salah satu unsur tidak matang yang keluar dari seorang menteri Kabinet yang berbohong di khalayak ramai," katanya