'Sampaikan salam saya pada mereka' - MB Perak

Ahmad Faizal (tengah) menerima cenderahati daripada Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop selepas merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia ke-39 dan Pelancaran Program 'Perak Oxygen-Land Bank' hari ini.
Ahmad Faizal (tengah) menerima cenderahati daripada Pengarah Perhutanan Perak, Datuk Mohamed Zin Yusop selepas merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia ke-39 dan Pelancaran Program 'Perak Oxygen-Land Bank' hari ini.
A
A
A

IPOH - "Sampaikan salam saya kepada kumpulan tersebut," demikian reaksi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengenai memorandum Pertubuhan Rangkaian Organisasi Reformis Malaysia (Pro 98 Reformis) yang mendesaknya untuk berundur sebagai Menteri Besar Perak.

Ahmad Faizal berkata, beliau masih belum berkesempatan untuk meneliti memorandum rakyat yang telah tersebar termasuk kepada wakil-wakil pembangkang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

"Pertamanya, saya tidak percaya saya mengamalkan kronisme. Keduanya, saya tidak tahu siapa Pro 98 Reformis dan ketiganya, saya belum baca memorandum ini.

"Tetapi kalau dengar-dengar angin datang bawa berita meminta saya untuk lepaskan jawatan, sampaikan salam saya kepada kumpulan tersebut. I'm stay input (saya takkan berundur)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia ke-39 dan Pelancaran Program 'Perak Oxygen-Land Bank' di Hotel Casuarina @Meru di sini hari ini.

Pro 98 Reformis dalam satu memorandum bertulis mendesak Ahmad Faizal berundur sebagai Menteri Besar Perak bagi memulihkan keyakinan rakyat dan penyokong Pakatan Harapan berikutan terlalu banyak kelemahan dan isu termasuk ketirisan serta salah guna kuasa.

Artikel Berkaitan: