Diriyah Gate destinasi pelancongan budaya, warisan

Inzerillo ketika pertemuan bersama 60 eksekutif pelaburan di Arab Saudi.
Inzerillo ketika pertemuan bersama 60 eksekutif pelaburan di Arab Saudi.
A
A
A

RIYADH - Projek Diriyah Gate bakal menjadi destinasi pelancongan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada kebudayaan dan warisan berikutan mercu tanda arkeologinya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Diriyah Gate Development Authority, Jerry Inzerillo berkata, fasa pertama projek terbabit terdiri daripada 86 lokasi utama selain menekankan Diriyah akan dihubungkan dengan beberapa muzium baharu.

"Pelan yang dirangka dan usaha yang dibuat di bawah arahan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdul Aziz dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman akan menjadikan Diriyah tapak warisan budaya terbesar di dunia, selain mewujudkan peluang pekerjaan.

"Projek Diriyah Gate akan membuka 55,000 peluang pekerjaan, menandakan 15 peratus pekerja projek berkenaan berasal dari Diriyah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Inzerillo turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Putera Abdulaziz bin Turki Al Faisal, Pengerusi General Sport Authority di atas usaha beliau membangunkan bahagian sukan, sambil menambah Diriyah Season akan bermula pada 22 November dan ia akan meliputi pelbagai aktiviti sukan.

“Terdapat tiga jenis pelaburan di Diriyah, dan terdapat banyak pelaburan asing berikutan peranan besar Arab Saudi di mata dunia," kata Inzerillo merujuk kepada pertemuan bersama 60 eksekutif pelaburan di negara itu. - Saudi Press Agency

Artikel Berkaitan: