X

Kindly register in order to view this article
!

Kenakan kadar sewa tinggi kepada Lynas

Lynas - Foto Bernama Gambar kecil: Mohd Fadli Osman
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang digesa mengenakan kadar sewaan tinggi selepas memuktamadkan lokasi bagi pembinaan tapak pelupusan kekal (PDF) sisa pemprosesan nadir bumi dari kilang Lynas Corporation Ltd (Lynas).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd Fadli Osman berkata, kadar sewaan tinggi mampu memberi pendapatan baharu kepada kerajaan dan sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, laporan pakar mengesahkan bahawa radioaktif daripada sisa Lynas rendah dan tidak membahayakan rakyat.

"Sisa Lynas akan di tanam (lupuskan)...jadi saya minta kerajaan Pahang kenakan caj (kadar) lumayan dan sebaik mungkin.

"Sebab ia akan menjadi sumber pendapatan baharu negeri dan rakyat juga dapat disejahterakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang hari ini.

Mohd Fadli berkata,alasan kadar sewaan tinggi perlu dilaksanakan kerana kerajaan Pahang sudah menggadaikan sebahagian tanah bagi tujuan pelupusan sisa itu.

"Kita dah berkorban untuk PDF ini," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!