Tiada undi tidak percaya di DUN Melaka esok

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari hari ini menepis dakwaan bahawa usul undi tidak percaya akan dikemukakan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka esok bagi menolak Bajet Melaka 2020 yang dibentang beliau pada Isnin lepas.

Menurutnya, beliau tidak tahu mengenai perkara itu dan persidangan hari keempat esok akan berjalan seperti dijadualkan dengan beliau akan menggulung perbahasan belanjawan itu.

“Saya akan buat persiapan seperti biasa untuk penggulungan perbahasan Bajet (Melaka) 2020 esok bagi proses undian meluluskan belanjawan dan ia dilakukan bagi kepentingan rakyat negeri Melaka,” katanya kepada pemberita di luar Sidang DUN hari ini.

Sebuah portal memetik laporan sebuah akhbar yang mendakwa undi tidak percaya akan dilakukan untuk menafikan bajet negeri bagi menjatuhkan Adly sebagai ketua menteri Melaka dengan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) Melaka telah bertemu dengan wakil rakyat UMNO di luar negara bagi tujuan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: