DAP sudah biasa jadi sasaran Pas, kata Anthony Loke

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

SEREMBAN – Menjadi kebiasaan kepada Pas menyasarkan DAP terhadap apa juga masalah yang berlaku di negara ini.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ‘skrip’ itu sudah biasa didengar dan diketahui umum.

“Biasalah DAP jadi sasaran kepada Pas. Semua salah DAP. Jadi dalam negara Malaysia ini, semua masalah pun disebabkan DAP.

“Pas memang dia rasa semua orang akan jadi boneka kepada DAP. Saya rasa semua orang sudah tahu skrip itu yang selalu digunakan.

“Adakah senang sangat semua orang menjadi boneka kepada DAP? Kalau semua orang boleh jadi boneka DAP, maka DAP ini hebat sangatlah,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Pelancaran JPJeBid Untuk Siri Nombor ‘NDN’ Negeri Sembilan di Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Twitternya yang membayangkan DAP mahu menjadikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai boneka mereka dalam kerajaan.

Abdul Hadi berkata, walaupun DAP menonjolkan Anwar sebagai perdana menteri untuk menggantikan Dr Mahathir Mohamad, tetapi merekalah yang mahu mengambil alih kepimpinan negara dan akhirnya lompat menjadi perdana menteri.

Abdul Hadi menerusi Twitternya turut berkata, ada pihak lain yang dilabelnya 'sangat rakus' dan tidak sabar menunggu masa yang sesuai untuk menjadi perdana menteri.

Artikel Berkaitan: