X

Kindly register in order to view this article
!

4 lelaki ditahan kes curi tabung surau di Putrajaya

Gambar hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR – Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes curi tabung surau di Putrajaya semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kesemua individu itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 33 tahun ditahan di sekitar Putrajaya.

“Mereka akan direman bagi membantu siasatan berhubung kes curi tabung surau,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Rosly berkata, pegawai perhubungan polis bagi masjid dan surau Putrajaya telah memberi nasihat kepada ahli jawatankuasa surau dan masjid untuk mengutip duit tabung setiap hari.

“Ia sebagai langkah pencegahan awal, selain itu rondaan polis yang kerap juga dilaksanakan dengan bantuan pihak surau dan masjid,” katanya.